kanser serviks

kanser serviks

Monday, February 14, 2011

Enam Makanan Ubat Boleh Mengurangkan Risiko Kanser

Yogurt rendah lemak-
                               Ia mengandungi probiotik (bakteria baik) yang perbaiki kesihatan usus dan secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kanser. Kandungan bakteria asidofilus  merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus yang akan menyahaktivkan bahan berbahaya seperti nitrat dan nitrit yang boleh menjadi racun.

Ikan berlemak-
(salmon,, makerel, sardin, kod dan tuna)
                            Ia kaya  dengan asid lemak seperti omega 3, asid dokoheksanoik (DHA) dan asid ekosapennoik (EPA) yang mempunyai peranan penting dalam kesihatan dan fungsi membran setiap sel. Ia adalah asid lemak poli tak tepu yang membantu membentuk transmeter pada saraf  dan sangat penting untuk otak.


Kekacang -
                          Ia adalah sumber protein dan serat selain megandungi karbohidrat, vitamin, dan mineral. Kekacang mempunyai bahan penting yang dipanggil isoflavonoids yang bertugas mengawal paras hormon dalam badan dan membantu mengurangkan gejala sindrom sebelum haid(PMS). Bahan fitokimia (seperti saponin) dalam kekacang mampu melindungi sel daripada alami kerosakan yang akhir boleh menyebabkan kanser.
                          Saponin didapati mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser, sekaligus boleh mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara. Kandungan seratnya yang tinggi boleh melindungi seseorang daripada kanser usus.


Keluarga tomato dan buah-buahan berwarna oren kemerahan-
                          Ia mengandugi bahan yang dipanggil likopen yang mampu melindungi wanita daripada kanser payudara. Buah-buahan ini juga kaya dengan antioksidan yang boleh mengurangkan kerosakan sel akibat tindakan radikal bebas. Banyak kajian dilakukan ke atas tomato, khususnya bagi perlindungan untuk kanser prostat. Pada masa sama ramai pakar pemakanan menyarankan kita pelbagaikan warna sayur-sayuran dan buah-buahan yang diambil setiap hari kerana setiap satu ada kebaikan tersendiri. Buah-buahan dan sayur-sayuran  berwarna-warni in juga terbukti berkesan mampu melindungi kita dari kanser mulut, selain membekalkan banyak serat untuk kesihatan usus dan badan secara keseluruhan.


Vitamin D-
                          Sumber utama vitamin D ialah cahaya matahari dan makanan. Bagaimanapun, hanya makanan tertentu yang mengandungi vitamin D seperti ikan, telur, dan sedikit dalam daging serta keju. Kebanyakan vitamin D datang dari makanan yang diperkaya  dengan vitamin ini seperti susu, jus yogurt, roti dan bijirin sarapan pagi. Banyak kajian mendapati vitamin D mampu mengurangkan risiko kanser usus dan rektum, payudara, prostat, ovari dan ketumbuhan otak. Ia juga mempuyai fungsi penting lain iaitu membantu penyerapan kalsium untuk kesihatan tulang yang sangat penting bagi wanita.


Beri-
                           Semua jenis buah-buahan daripada keluarga beri  (strawberi, beri biru, beri hitam contohnya) kaya dengan bahan anti kanser dipanggil asantosian kerana ia berfungsi memperbaiki kerosakan sel. Malah ia  megandungi banyak vitamin C dan asid folik yang bertindak sebagai antioksidan bagi melindungi sel.

No comments:

Post a Comment